Alamilah gaya hidup idaman di Impian Murni, sebuah komuniti baru di Kota Kemuning yang terdiri daripada 42 buah kediaman mewah. Bakal dinobatkan sebagai lambang gaya hidup berprestij di kawasan ini, komuniti ini merupakan koleksi terbaru dalam siri Taman Impian yang dimajukan oleh pemaju berwibawa yang telah membawa kepada anda Impian Putra di Bangi dan Impian Ceria di Kota Kemuning.
Dengan rekaan 2 dan 3 tingkat, setiap kediaman Impian Murni menawarkan ciri-ciri yang memenuhi kehidupan harian sebuah keluarga yang berkembang. Rekaan luar yang kontemporari dengan tingkap ketinggian siling memikat pandangan di samping menawarkan pencahayaan semula jadi.
Malah, nilai hartanahnya juga amat menepati kemampuan agar gaya hidup mewah lebih mudah dikecapi oleh mereka yang ingin menaiktarafkan kediaman masing-masing. Milikinya sekarang dan hayatilah setiap detik indah bersama keluarga tersayang di komuniti idaman ini.